Perkhidmatan KTMB | Tambang percuma buat OKU, murid sekolah rendah mulai 15 Feb

2023-01-20 0

Bermula 15 Februari ini, murid berpakaian seragam sekolah berusia hingga 12 tahun dan orang kurang upaya akan menikmati perkhidmatan percuma tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu dapat dilaksanakan melalui penjimatan 15 juta ringgit setahun susulan penangguhan perkhidmatan KTM Komuter dari Subang Skypark ke KL Sentral berkuat kuasa pada tarikh sama.